er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist, German Foundation Scholar, Former researcher, Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Sunday, July 10, 2011

Kita Sudah Pun Mempunyai Empat Taman Botani ?

 

Kini kita telahpun mempunyai empat taman yang dipanggil  taman botani.

1   Taman Tasik ( Lake Garden ) Kuala Lumpur telahpun dinaikkan taraf sebagai Taman Botani

2   Taman Pertanian Shah Alam sedang dalam pembinaan untuk dinaikkan taraf sebagai Taman Botani Negara

3    Taman Botani Putrajaya hanya dapat disiapkan satu fasa sahaja

4    Taman Botani, Pulau Pinang yang pernah menjadi subsidiari Taman Botani Singapura sedang dibangunkan dan cuba mendapatkan pengiktirafan sebagai Taman Botani

       Selain 4 taman yang dikatakan Taman Botani, terdapat juga berbagai-bagai thema taman-taman dan antaranya juga dipanggil  taman botani

         Sebenarnya kita belum lagi mempunyai sebuah Taman Botani. Ramai yang tidak mengetahui apa sebenarnya Taman Botani.

          Taman Botani merupakan taman yang berfungsi sebagai pusat penyelidikan tinggi terhadap tumbuh-tumbuhan. Ia juga berfungsi dalam usaha pemuliharan tumbuh-tumbuhan dan pembelajarani. Pengiktirafan status sebagai Taman Botani perlu diperolehi dari Kesatuan Botani Antara Bangsa.

          Ada beberapa Taman Botani sahaja  yang diiktiraf sebagai   seperti Taman Botani Singapura ( Dulunya dipunyai oleh Malaysia), Taman Botani Bogor,       Royal Botanic Garden Sydney, Sri Lanka dll. Semua Taman Botani berhubung rapat dan berkerja sama antara satu dengan yang lain dalam penyelidikan. Royal Botanic Gardem Kew biasa menjadi pusat dalam penyelidikan botani.

            Malaysia sebenarnya belum lagi mempunyai sebuah Taman Botani yang diiktiraf, walaupun kita mempunyai bilangan spesies tumbuhan antara yang tertua dan terkaya di dunia. Taman Botani Singapura amat terkenal dalam pengiktirafan kajian botani dunia, kini tidak lagi dipunyai oleh Malaysia.

             Antara 4 taman yang disebut sebagai Taman Botani, Taman Botani Putrajaya boleh dimajukan sebagai Taman Botani Negara. Keunikan Taman Botani Putrajaya adalah kerana di Putrajya terdapat 12 lagi taman, seperti Taman Rimba Alam, Taman Saujana Hijau, Taman warisan Pertanian, Taman Wawasan, Taman Pancara rona dll. boleh disatu dan majukan di bawah satu bumbung sebagai Taman Botani Negara. Kita hanya memerlukan herbarium, makmal dan perlantikan botanists untuk memajukan Taman Botani dan Herberium Negara. Kita tidak memerluka berjuta-juta ringgit untuk memajukan Taman ini. Jika kita sudah mendapat pengiktirafan dunia sebagai taman botani, banyak sumbangan  boleh didapati. Bagaimanapun, memajukan Taman-taman ini perlu dilakukan ahli sains biologi dan botani. Jangan lah dibuat seperti pepatah Inggeris"A barber wants to become a dentist” Ini banyak berlaku dalam memajukan Taman Taman yang dilakukan oleh orang yang bukan specialised dalam seni taman