er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist,former researcher Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Saturday, June 23, 2012

Teknik Bio-Kejuruteraan Boleh Mengawal dan Menstabilkan Cerun dan Bukit.

 

Jika kita perhatikan sekitar lebuh raya dan sekitar kawasan perumahan yang berbukit yang telah ditolak tambus, beratus-ratus curam dan cerun bukit  menunggu masa untuk tergelincir atau runtuh. Tidak ada tanda-tanda yang boleh dikesan bila ia akan berlaku, kebiasaannya pada bila-bila masa sahaja  pada musim hujan

Tanah yang telah ditolak tambus menjadi gersang dan tidak ada tumbuhan yang boleh hidup lagi sehingga beberapa tahun ( Lihat gambar)

010

Alam semula jadi ( nature ) dalam hal ini membantu memulihkan kesuburan tanah. Spora paku pakis  Resam ( Dicranopteris linearis) tumbuh memenuhi ruang-ruang tanah yang telah ditolak tambus.

006

Resam 1

(Paku pakis Resam tumbuh sendiri sebagai penutup bumi selain menyuburkan semula tanah)

Burung-burung seperti Merbah, Punai, Kelicap mula berlindung di bawah-bawah pokok Resam sembil melepaskan najis yang mengandungi biji-biji benih syrub dan pokok. Syrub dan pokok-pokok seperti Senduduk, Mahang, Halban dan sebagainya tumbuh dan hidup dengan baik. Dalam tempoh yang sengkat, tanah yang ditolak tambus menjadi subur dan dipenuhi oleh berbagai-bagai spesies tumbuhan

Bagaimanapun, cerun cerun yang dibina kebanyaknya terlalu curam dan tinggi, seperti dalam gambar ini

008

(Cerun ini akan runtuh pada bila bila masa sahaja)

Resam 4_thumb

Ada pula  teknik hydro-seeding, ia itu dengan menyebur biji benih rumput yang diimport. Teknik ini  sebenarnya tidak dapat menyuburkan tanah jauh lagi dapat mengawal hakisan. Rumput ini mudah terbakar dan lebih merosakkan keadaan cerun

Cerun seperti gambar di atas, yang curam, tinggi dan hanya dilakukan dengan teknik hydro seeding sahaja mudah berlaku kegelinciran  atau tanah runtuh. Apabila berlaku kegeliciran cerun atau tanah runtuh kos membaik pulih amat tinggi. 

Satu cara untuk mengawal dan menstabilkan cerun dan bukit yang ditolak tambus ialah teknik Bioengineering, ia itu teknik menanam pokok yang dipilih khas untuk mengawal dan menstabilkan cerun dan bukit yang telah ditolak tambus.

Pokok yang dipilih khas ialah spesies pokok yang mempunyai akar yang kuat dan mempunyai banir yang tinggi selain kesusaian habitatnya.

  Bio2

      (Akar dan banir pokok yang dapat mengawal hakisan)

Beberapa spesies pokok telah  dapat kenalpasti  untuk teknik bioengineering ini. Bagaimanapun, masalah timbul dalam hal menyuburkan semula tanah  yang telah ditolak tambus bagi membolehkan spesies yang ditentukan itu hidup. Ini memerlukan “trial and error on the spot” iaitu melakukan inoculasi mikrop.

Masalah lain timbul adalah tentang penyelenggaraan yang betul termasuk pemberian nutrien ( baja ) yang betul serta kawalan keselamatan pokok.

Kesukaran yang lain timbul ialah dari sudut budaya kerja kita. Pembangunan fizikal kita dikongkong oleh satu sudut sahaja ia itu budaya  buldozer oriented oleh sesiapa sahaja dalam kontrak pembangunan fizikal sedangkan kita mempelapori pembangunan hijau konon.

Ismail Saidin 

 

 

Saturday, June 2, 2012

KAWALAN TANAH RUNTUH, KEGELINCIRAN CERUN DAN RUMAH GELAS DI UKM

 

Baru-baru ini saya melapangkan sedikit masa berjalan-jalan ke kampus UKM. Di awal penubuhan UKM saya bertanggung jawab mereka bentuk seni taman dan menjalankan kerja-kerja menanam pokok. Tujuan saya berjalan-jalan ke kampus semata-mata untuk melihat pokok-pokok yang saya tanam dahulu

Saya amat merasa gembira dan bangga kerana kepelbagaian pokok yang saya kumpul dan tanam masih hidup dan dijaga dengan baik. Bagaimanapun ada beberapa spesies pokok dan palma sudah tiada lagi mungkin sudah mati atau dibuang. Spesies pokok dan buah-buahan yang banyak disebut dalam pantun dan peribahasa sudah tidak ada lagi.

Bio1

 

Bio2

Kampus UKM terdapat cerun-cerun hasil daripada tarahan bukit. Saya telah cuba melakukan teknik bioengineering bagi mentabilkan cerun dan tarahan bukit. Beberapa spesies pokok telah ditanam bagi menstabil dan mengawal hakisan cerun. Saya rasa bangga pokok yang ditanam itu mempunyai banir yang dapat menstabilkan cerun. Cerun-cerun nampaknya stabil dan mungkin tidak akan berlaku kegelinciran

Di sekitar plot percubaan, apabila melihat rumah gelas, teringat saya bagaimana pada mula-mulanya ia dibina – nostalgia yang menyedihkan saya. 

 

UKM 1

 

Saya telah menasihatkan kawasan tropika tidak perlu membina rumah gelas. Rumah gelas hanya dibina di negara yang berhawa dingin bertujuan untuk menyimpan pokok-pokok dengan suhu yang ditentukan. Rumah gelas terus dibina dan kemudiannya apabila pokok dimasukkan terus kering!

Keseluruhannya saya amat bangga dengan senitaman UKM dengan kepelbagaian spesies pokok dan palma yang masih kekal dan hidup subur.

 

 

 

Thursday, May 17, 2012

WARNA WARNI HUTAN TROPIKA MALAYSIA

 

Negara berhawa sederhana (Temperate countries) mempunyai empat musim. Musim meluruh dan musim bunga merupakan musim yang dinanti-nanti kerana keindahan pelbagai warna. Musim luruh terdapat keindahan daunan pelbagai warna. Musim bunga pula terdapat pelbagai warna bunga-bungaan.

Di Malaysia tidak terdapat musim bunga atau musim meluruh, hanyalah kehijauan sepanjang tahun. Bagaimanapun, terdapat juga banyak spesies pokok mempamirkan keindahan pelbagai warna  bila sampai musimnya. Keindahan warna warni ini bila sampai musim meluruh (deciduous) bagi setengah-setegah spesies pokok dan yang lainnya pula mula berpucuk muda. Keindahan warna warni dapat di lihat di sekitar hutan di bukit-bukit dan gunung

 

PTN557

PTN533

Nenek moyang kita zaman dahulu peka tentang keindahan warna warni ini dan  dapat mengecam musimnya seterus dijadikan panduan untuk mula turun ke ladang bersawah padi atau upacara pertanian. Generasi sekarang ini tidak lagi peka dalam hal ini

Warga negara asing pula mencari spesies pokok ini untuk dijadikan elemen seni taman dan dijual dengan harga yang mahal

DSC_0027

P9

Semasa  berkhidmat sebagai botanist  di bawah KLCC Projek, saya telah mencadangkan sebuah taman berkonsep warna warni. Caranya ialah dengan  menanaman berkelompok satu-satu spesies supaya memberi impak warna. Taman ini saya panggil Taman Pancarona Putrajaya. Saya telah menyedia spesies yang sepantutnya ditanam.

 Baru-baru ini dalam siri jalanan mengambil gambar untuk buku saya, Taman Pancarona yang saya ilham tidak kesampaian. Pokok yang ditanam bukan daripada spesies Pancarona

Saturday, March 31, 2012

Pepohon Kebangsaan Malaysia( Malaysian National Tree

 

Kita telahpun mempunyai Bunga Kebangsaan, ia itu Bunga Raya ( Hibiscus rosa sinensis ). Bagaimanapun, kita belum lagi mempunyai pokok atau Pepohon Kebangsaan.

Kalau kita lihat sekitar taman-taman kita kini dipenuhi berbagai-bagai spesies pokok yang dibawa atau diimport dari luar negara. Tidak ramai yang tahu hal ini dan jauh lagi mengetahui bahawa pokok-pokok yang diimport ini ada yang sudah  merosakkan persekitaran ekoloji hutan.

Walaupun Malaysia  antara negara yang mempunyai bilangan spesies antara yang tertua dan terkaya di dunia, tetapi tidak ramai yang menghayatinya sebagai warisan negara.

Sampai masanya kita perlu memilih satu spesies pokok untuk dikenali sebagai Pepohon atau Pokok Kebangsaan atau National tree. Kalau Bunga raya berunsur rukun negara berdasar petalnya, Pepohon Kebangsaan melambang kesenian dan sains negara. Pepohon kebangsaan ini dapat menyedarkan tentang pentingnya memulihara tumbuhan kita.

Saya ingin mencadangkan Pepohon atau pokok kebangsan kit:

Peltophorum pterocarpun

Famili:   Leguminosae

Negara Asal: Malesia

Nama Tempatan: Jemerlang, Batai

                   Yellow Flame

 

Peltophorum

Pokok Jemerlang atau Yellow Flame memenohi syarat-syarat sebagai Pokok atau Pepohon Kebangsaan atau National Tree           

  • Pokok ini ialah pokok tempatan dan tersebar sekitar Nusantara
  • Pokok ini mudah hidupnya, kuat dan tidak mudah patah
  • Mempunyai bunga kuning yang menarik
  • Tidak mengotorkan kawasan
  • Memberi teduhan yang baik
  • Hidup sebarang jenis tanah

Saya mohon pembaca memberi pandangan dan cadangan untuk menjayakan konsep Pokok kebangsaan Malaysia ini

 

Ismail Saidn

Saturday, February 4, 2012

AKAR PERIOK KERA–TUMBUHAN UNIK MALAYSIA

 

Malaysia amat terkenal dengan kepelbagaian flora antara yang terkaya dan tertua di dunia. Ada spesies antara flora ini yang tersangat unik, ia itu Akar periok kera atau lebih dikenali juga sebagai Nepenthes.

 

20040608-11431120040608-114912

Nepenthes ampullaria

 

Keunikan Akar periok kera ini, tip daunnya membesar dan membentuk seperti mangkuk dengan berbagai-bagai saiz dan bentuk serta warna warna yang menarik mengikut spesies.

Mangkuk-mangkuk ini biasanya bertujuan untuk memerangkap serangga. Dalam mangkuk ini terdapat air bertakung dan sekitar pemukaan mangkuk terdapat pula sumbar-sumbar nektar. Serangga-serangga akan tertarik dengan nektar-nektar ini dan biasanya akan terjatuh dan mati lemas dalam mangkuk. yang  bertakung air. Serangga-serang yang mati dicerna dan nutrien yang dicerna  menjadi makanan bagi pokok  periok kera ini.

Di Malaysia terdapat kira-kira 85 spesies Akar periok kera. Masih banyak spesies yang masih belum ditemui, terutamanya di Sarawak dan Sabah. Usaha untuk memulihara tumbuhan ini tidak banyak dilakukan. Pembangunan pesat yang tidak terkawal mungkin akan mengancam kepelbagaian spesies akar periok kera.

Semasa saya melawat beberapa Taman Botani di German dahulu saya perhatikan banyak pokok Akar periok kera ini sudah dilakukan penghibridan dan dijadikan tanaman hiasan yang sangat mahal. Lebalnya menunjukkan tanaman ini berasal dari Malaysia

DSC_0167

 

Usaha untuk membudidayakan tanaman Akar periok kera atau Nepenthes ini tidak banyak dilakukan, sedang tanaman ini berpotensi besar sebagai tanaman hiasan yang boleh dijadikan elemen seni taman Malaysia. Keunikan Nepenthes boleh menarik pelancong luar negara.

Sunday, December 11, 2011

Siapakah yang memilih dan menentukan spesies pokok yang ditanam di taman-taman

 

Jika kita perhatikan pokok-pokok yang ditanam di taman-taman, kebanyakan spesiesnya hampir sama sahaja, walaupun taman tersebut mempunyai thema atau konsepnya berlainan. Hampir 90% spesies pokok yang ditanam terdiri daripada spesies pokok yang diimport atau diperkenalkan dari luar negara. Spesies pokok yang  asli negara kita jarang-jarang diberi keutamaan.

Siapakah yang memilih dan menentukan spesies pokok-pokok yang ditanam? Jawapannya sesiapa sahaja boleh menentukannya. Kita tidak ada prosedur yang berupa peraturan dalam memilih spesies yang hendak ditanam. Penentuan spesies kesesuaian habitatnya, memenuhi keperluan alam sekitar dsbnya tidak diberi pertimbangan. Pemilih spesies langsung tidak tau nama pokok itu jauh lagi mengetahui habitat dan negara asal pokok itu.

Peluang ini diambil oleh pakar-pakar dalam bidang ini dan menyediakan ribuan semaian pokok seperti yang terdapat di Muar dan sekitarnya. Peluang ini juga diambil untuk mengimport berbagai-bagai spesies dari negara jiran yang pakar dalam menyediakan spesies tanaman untuk Landskap seni taman.

Pengusaha-pengusaha semaian ini memberi nasihat dalam hal pemilihan spesies tetapi semua bertujuan keuntungan yang berlipat ganda dengan konsep kartel dan harga pokok yang cukup mahal.

Akhirnya pokok-pokok secara tanam segera terus ditanam. Ada pokok yang sepatutnya di tanam di tanah lembab ditanam di tanah tinggi. Ada pokok yang habitatnya di tempat yang redup  di tanam di tempat panas dan begitulah berlaku seterusnya pokok ditepi air di tanama di atas bukit.

Pokok-pokok ini bukan sahaja tidak hidup dengan baik dan sukar untuk menjaganya, Seperti yang kerap di alami, apabila berlaku sahaja ribut dan angin kencang  seperti yang kerab berlaku di Kuala Lumpur, PJ dan Putrajaya, pokok-pokok ini tumbang merosakkan harta benda malah ada yang menyebabkan kehilangan nyawa

 Saya pernah dijemput untuk mengaudit tentang pemilihan spesies palma untuk ditanam di sebuah taman. Dalam senarai kontrak spesies palma  seperti di bawah:

  • Hyophorbe langenicaulis  -  10  units    @ RM 3000.00    -  RM 30,000.00  
  • Mascarena revaughanii    -   10 units

     @RM 7000.00     =   RM70,000.00 

Hyophobia langenicaulis

Saya beri tahu perunding Landscape Architect bahawa palma ini ialah spesies yang sama.   Hyophorbia langenicaulis ialah nama yang diterima betul dan Mascarena revaughanii ialah sinonim. LA asing luar negara ini begitu marah dengan saya dan akhirnya didapati saya betul dan dapat menyelamatkan wang client sebanyak RM70,000. dan banyak lagi dapat saya betulkan, tetapi saya tetap kehilangan sesuatu dari boss saya.!!  Begitulah when a barber wants to become a dentist dalam project penaman pokok dan seni taman negara.

Tuesday, December 6, 2011

Residue Pestiside Perlu Kawalan Undang-Undang

 

Aktiviti pertanian atau hortikultur dalam pengeluaran makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan penggunaan racun makhluk perosak atau pestisides perlu digunakan. Terdapat beratus-ratus jenis racun-racun digunakan. Jika penggunaannya tidak dikawal, residue racun ini sangat membahayakan kesihatan

     Negeri yang telah maju kawalan racun-racun dan residue dikawal oleh undang-undang yang tersangat ketat.

        Semasa mengikuti kursus di Landwirthchaft Versuchanstalt Darmstadt German,  saya diberi tahu semua sayuran, buah-buahan dan sumber makanan yang diimport perlu melalui proses analisis residue pesticides di makmal pusat penyelidikan ini. Jika sampel-sampel sayuran, buah-buahan dan sumber makan ini mengandunig residue pesticies yang tinggi melebihi paras yang diluluskan semua bahan-bahan makanan ini akan dihantar pulang atau dimusnahkan

     Kita di Malaysia ini belum mempunyai makmal untuk menganalisi residue pesticides, jauh lagi mempunyai undang-undang tentang kawalan residue pesticides. Ramailah antara kita diancam penyakit keracunan dari pada racun-racun mekhluk perosak ini,

      Baru-baru ini Timbalan Menteri Pertanian dan Perniagaan Asas Tani mengumumkan kita mengimport sayur-sayuran dari luar negara sehingga bernilai RM 1 billion setahun. Menteri itu juga menyalahkan petani-petani kerana tidak berusaha bersungguh. Sebenarnya bukan lah salah petani atau pekebun-pekebun kita. Yang salah ialah dasar pertanian kita.

       Bayangkanlah sayuran yang dimport itu mungkin menganbungi residue racun sarengga yang tinggi dan siapakah yang mengawal atau mengetahui residue yang terkandung dalam bahan-bahan makan ini?

        Cuba lihat gambar di bawah:

DSC_0042DSC_0044

      gambar 1                          gambar 2

  Gambar 1 menunjukan daun sayur ini tidak ada tanda-tanda serangan serangga. Ini bermakna terdapat residue rancun serangga yang tinggi dan boleh memudharatkan kesihatan

Gambar 3 pula menunjuk kesan serangan serangga dan daunnya berlumbang-lumbang dan ini mungkin tidak ada residue racun serangga.

     Jika anda membeli sayur pilih sayuran yang ada kesan serangan serangga seperti gambar 2

     Apa yang sangat ditakuti ialah racun serangga sistemik ( systemic ) Racun ini meresap melalui akar atau daun terus ke dalam tissue sayuran atau buahan. Serangga yang memakan atau menghisap daun atau buah akan mati. Racun sistemik ini tidak boleh di gunakan untuk tanaman makanan tetapi untuk perhutanan.

Buah-buahan, sayuran dan bahan tanaman makanan yang dimport  banyak mengandungi residue racun sistemik ini

 

Ismail Saidin