er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist,former researcher Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Sunday, August 29, 2010

Mengawal tanah runtuh dan menstabilkan cerun secara ekoloji Tumbuhan

Sekiranya anda memandu di lebuh raya utara selatan, anda dapat melihat dikiri kanan lebuh raya ini cerun-cerun ditumbuhi oleh Paku pakis  Resam (Dicranoteris linearis).

ResamResam 2

Pokok Resam ini tumbuh sendiri dengan sebaran sporanya yang dibawa angin. Natur (Nature) memaiankan peranan untuk menutup muka bumi yang gersang, tercemar dan cuba menyuburkan semula muka bumi yang telah ditolak tambus.

Bagaimana Resam ini dapat hidup di atas bumi yang gersang amat menakjupkan. Dalam tempoh yang sengkat cerun-cerun ditutupi oleh Resam, selain memberi pendangan yang menarik serta menstabilkan cerun.

Rasanya pihak yang tertentu tidak perlu membayar satu sen pun dalam menghijaukan kiri kanan lebuh raya ini seterusnya menstabilkan cerun

Resam 1 Resam 4

Dalam menstabilkan cerun, pokok Resam ini membunuh Lalang ( Imperata cylindrica) dan lain-lain rumpai. Setelah hidup subur, rimbunan pokok Resam ini tempat perlindungan burung-burung untuk berehat atau tidur.Burung seperti merbah dan kelicap membawa biji-biji benih dalam najis/beraknya. Biji benih ini akan bercambah di bawah rimbunan pokok Resam.  Anak-anak pokok seperti Senduduk ( Melastoma),Mahang (Macaranga) Halban (Vitex pinnata), Akasia, Ficus dll.tumbuh dengan subur.  Akhirnya pokok Resam memberi laluan kepada pokok-pokok di atas, untuk tujuan menghutan semula dan menstabilkan cerun.

Malangnya pembinaan cerun-cerun oleh jurutera-jurutera, tidak memikirkan kepentingan ekoloji persekitaran. Ada cerun-cerun yang terlalu curam hingga melebihi 45 darjah. Bukan itu sahaja, terdapat pula teres-teres cerun dibina parit-parit kongkrit. Kononnya hendak melarikan air dari curam dan cerum.Saya kira tidak ada di dunia ini parit-parit dibina di atas bukit.

Pembinaan parit-parit di atas curam dan cerun ini menambah keadaan kegersangan tanah dan tanah-tanah literit akan merekah-merekah dan mikrops tanah tidak dapat hidup baik.

Parit-parit di atas curam dan cerun ini ada kala rosak dan pecah disebabkan pergerakan tanah. Jadi air akan mencurah-curah keluar hingga menyebab hakisan seterus kegelinciran cerun.

 

DSCN6578

Resam 5

Kegelinciran cerun ini ditutup dengan plastik dan akhirnya dibina pula konkrit batu batan. Beratus-ratus pembinaan konkrit batu batan didapati dibina sepanjang lebuh raya utara selatan. Kosnya agak mahal tetapi ada juga peluang pekerjaan bagi kontraktor klas F

Sebenarnya bagi mengawal hakisan, kegelunsuran cerun,  tanah runtuh dan sebagainya boleh dilakukan dengan menanam pokok-pokok yang dipilih khas bagi tujuan ini. Teknik ini dipanggil bioengineering.  Saya telah menjalan teknik ini dan dapat mengenalpasti spesies tumbuhan yang dapat mengawal dan menahan tanah runtuh. Percubaan yang saya jalan di kampus UKM kira-kira suku dekad yang lalu menunjukkan kestabilan cerun dan tidak berlaku tanah runtuk dicerun-cerun yang tanam dengan pokok-pokok yang dipilih khas.

Saya sangat berminat untuk berkongsi pengalaman dalam penyelidikan Bioengineering ini.

Tuesday, August 24, 2010

Pertanian Ikon Kemiskinan…?

Malaysia masih lagi dianggap sebagai negara pertanian.  Sebilangan besar rakyatnya masih lagi bergantung hidup kepada sektor ini.

Pada satu ketika dahulu  sektor ini memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi negara. Tetapi kini pertanian merupakan ikon kemiskinan?

Bila kita sebut sahaja petani, peladang, pesawah penoreh getah, tukang kebun, nelayan, penternak dan peneroka terbayang di dalam minda kita wajah-wajah kemiskinan. Ramai yang tidak lagi berminat untuk berkecimpung dalam sektor ini.

Pada satu ketika dahulu, bermulanya era DEB Kementerian Pertanian dan Koperasi dirombak dan digantikan dengan berbagai-bagai agensi kerjaan , seperti Maju Ternak, Maju Ikan,LPN, FAMA, Felda, Felcra, Risda, MARDI,  termasuk juga Bank Pertanian dan Universiti Pertanian.

Beberapa siri Dasar Pertanian Negara juga di gubal, tetapi pertanian masih juga ditakuk lama. Yang pasti, sebilangan besar agensi pertanian ini ditutup. Dan yang amat ketara ialah Universiti Pertanian. Nama pertanian itu terlalu miskin bunyinya dan digantikan dengan nama Universiti Putra. Begitu juga Bank Pertanian ditukar kepada Agrobank.

Kita sudah mencapai Kemerdekaan lebih setengah abad yang lalu. Dasar pertanian negara masih lagi terombang ambing. Kearah mana golongan masyarakat  luar bandar terutamanya orang Melayu menempuh hidup.

Di luar bandar terdapat beribu-ribu ekar tanah terbiar yang terdiri daripada tanah rezab Melayu. Sayangnya tanah ini tidak dapat dimajukan melainkan ditanam dengan Getah atau Kelapa sawit, dan disebut sahaja pekebun kecil. Konsep pekebun-pekebun kecil ini jelas juga menampakkan ikon kemiskinan dalam banyak espek.

Semasa saya berada di Jerman mengikuti kursus, saya amat kagum dengan petani-petani. Kebanyakan petani-petani kaya raya. Mereka ini dijaga dan diurus dengan baik oleh Kementerian Pertanian.

Saya pernah mengikuti dN melawat sebuah ladang bersama-sama dengan seorang Pegawai Pertanian dari Landwirtchaft Versuchanstalt,Darmstadt. Masalah petani ini hanyalah kolam ikannya terlalu banyak rumpai. Sebelum masuk ke ladangnya petani terlebih dahulu bertanya tentang pengalaman pegawai tersebut. Dia juga bertaya tentang kehadiran saya. Akhirnya kerja-kerja memusnah rumpai dijalankan…..Percuma

Di Malaysia ini tidak ada lagi semangat demikian. Tidak ada lagi extension workers yang mahu menunjuk ajar kepada Petani. Pekebun-pekebun kecil sentiasa saja tertipu

Benih yang bukan terpilih. Baja yang tidak diketahui kandungan  dan kesesuian nutriennya dan berbagai-bagai lagi penipuan yang dilakukan terhadap pekebun-pekebun kecil

Malaysia kini menuju kearahan negara berpendapatan tinggi. Bagaimana pula golongan, pekebun kecil, penanam padi, penternak dll. Mungkinkah kemiskinan di luar bandar berulang lagi seperti dalam tahun 50 – 60an.

Pak Ungku Aziz, mungkin tersenyum membaca posting blogs saya kali ini.

Sunday, July 25, 2010

TANAH DIAMBIL BALIK DENGAN TIPU HELAH AHLI EXCO

No-1
Bila melihat buah Limau bali atau Limau tambun (Citrus maxima) teringat saya peristiwa yang sungguh menyayatkan hati. Walaupun peristiwa ini berlaku kira-kira 25 tahun yang lalu, kecewa dan sedih ini tidak mungkin boleh saya lupakan sepanjang hidup saya
Saya telah menjalankan penyelidikan tentang Limau bali dan telah menanam Limau ini seluas 6 ekar, di Gesir Tengah, Ulu Selangor. Seorang peladang Limau dari Tambun, telah memberikan rahsia menanam Limau bali dan telah menyediakan benih limau bali yang tulen untuk saya. Mengikut peladang Limau ini, ladang seluar 10 ekar boleh menghasilkan keuntungan RM120,000 setahun. ( Nilai wang pada masa itu.)
Banyak wang telah dibelajakan, terutama membeli tanah, membangunkan kebun dan membeli benih tulen. Projek ini merupakan pelaburan untuk bersara.
Pada 7 November, 85 penjaga ladang saya menalifon dan memberi tahu bahawa ladang telah di tolak Saya bergegas ke ladang dan alangkah terkejut dan sedihnya semua pokok Limau saya telah ditolak dan di buldoze rata.
No-3 No-2

Pada 9.Nov. 85 saya bergegas ke Pejabat Tanah Ulu Selangor dan menemui Pegawai Tadbir Tanah yang berkenaan. Saya diberi tahu, tanah saya akan diambil balik untuk Projek Hala Cara Baru dan Kampung Tersusun, Gesir Tengah. Satu Projek anjuran YB Dato’ Exco kerjaan negeri Selangor.
Saya diberi tahu juga YAB Perdana Menteri Dr Mahathir Muhamad akan melawat projek tersebut pada 8 Disember, 85 untuk perasmian pecah tanah. Oleh sebab itu tanah ( Ladang saya) perlu dibersihkan dengan segera untu perasmian tersebut
Saya tidak mengambil tindakan seperti melaporkan kejadian ini kepada polis, oleh sebab saya tersangat bangga terdapat projek untuk orang Melayu di situ.
Pada 8 Disember, 1985 saya pergi ke ladang saya dengan harapan untuk bersama dengan YAB Perdana Menteri dalam lawatan itu. Alangkah terkejutnya saya tidak seorangpun berada di tanah berkenaan.
Pada petang 14 Disember, 85 saya berjumpa dengan YB Dato’ Exco dan memberi tahunya adalah menjadi kesalahan dalam pengambilan balik tanah ini dengan tidak mengikut Akta Pengambilan Balik Tanah. Beliau menyalahkan Pegawai Daerah dan menyuruh saya berjumpa dengannya. Beliau juga menetapkan temu janji dengan Pegawai Daerah.
Subuh lagi pada 16 Disember, 85 saya bertolak dari Kajang ke Kuala Kubu Baru untuk menemui Pegawai Daerah. Alangkah terkejutnya saya Pegawai Daerah cabut lari.

Besoknya, semasa saya berada di Pejabat, di UKM sebuah kereta dari Pejabat Daerah Kuala Kubu Baru datang dan membawa Cek untuk bayaran pampasan. Episod ini merupakan sejarah dalam pentadbiran tanah, begitu cepat bayaran pampasan dibuat. Tetapi jumlah pampasan menghampakan.
Bagaimanapun, saya terima pampasan tersebut, secara bantahan. Pegawai yang membawa Cek itu terkejut apabila saya terima pampasan tersebut dengan bantahan. Maknanya kes ini tidak selesai begitu sahaja dan akan pergi ke Mahkamah.
no-4 No-5

Saya terus mengumpulkan segala bukti dan tuntutan termasuk menulis kepada YAB Perdana Menteri melalui Bahagian UMNO saya, di Perak. PM menjawab surat saya dan tidak ada lawatan ke Projek Hala Cara Baru dan Kampung tersusun Gesir Ulu Selangor. Seterusnya saya menulis kepada BPR, Pejabat Biro Pengaduan Awam dan kepada media. Hanya media The Star, 30 Mar. 87 dan Watan 4 April, 87 sahaja yang menyiar tulis saya.

no-6 No-7
Pada 23 Feb. 87 saya menemui YAB Menteri Besar Selangor. Setelah menunggu hampir 4 jam barulah dibenarkan masuk untuk menemui YAB. YAB langsung tidak melayani dan terus membaca Malay Mail di tangannya. Beliau mengambil dokumen yang di tunjukkan dan menanda tangan, ia itu arahan kepada PTG. Tidak sampai 1 minit pun dengan YAB dengan muka yang masam. Saya terus keluar. Dia tidak tahu sahaja juga seorang Ahli UMNO
no-8 Pada 26 May, 88. satu penyelesaian di luar mahkamah di adakan. Saya bersama-sama Peguam dan Penilai Harta Tanah saya. Alangkah terkejutnya saya, dalam proses penyelesaian itu, Peguam Negeri Selangor begitu angkuh dan menanya sama ada saya memahami bahasa Inggeris dan memberi tahu peguam saya jika tidak bersetuju dengan penyelesaian ini boleh terus ke Mahkamah.
Saya terpaksa mencelah dan minta perkara ini diselesaikan di mahkamah. Peguam Negeri Selangor agak terkejut apabila saya katakan saya bukan orang kampung Gesir Tengah Ulu Selangor. Saya ialah pegawai kanan kerjaan, Saya bukan sahaja boleh bahasa Inggeris tetapi juga bahasa Jerman. Juga mempunyai Ijazah Jerman
Saya cabar beliau bahawa, pengambilan balik tanah ini tidak mengikut undang-undang dan nama YAB Perdana Menteri digunakan dalam proses pengambilan balik tanah.
Akhirnya, saya ditawarkan dengan tuntutan mengikut penilaian yang dibuat oleh Penilai Hartanah walaupun jauh daripada tuntutan saya. Peguam saya memujuk saya supaya menerima tawaran tersebut.
Hari ini tanah yang dirampas sudah dibangunkan dengan projek perumahan, Tapak perniagaan oleh orang-orang kenamaan dalam politik. Ahli JKKK dan Ketua Kampung semuanya dapat lot tanah serta rumah. Sebuah Masjid juga tersergam indah.
Penjaga ladang saya juga dapat satu lot dan rumah percuma. Malangnya beliau telah meninggal dunia dan anak-anaknya masih belum mendapat geran tanah tapak rumah berkenaan walaupun sudah hampir tiga dekad.
Peristiwa ini berlaku, merupakan permainan politik orang-orang kenamaan UMNO. Mereka menyangkakan tanah itu dipunyai oleh orang kampung dan boleh ditipu helah dalam pengambilan balik. Mereka sanggup menggunakan nama YAB Perdana Menteri.
No-10
Kini tanah yang telah diambil balik menjadi tapak perniagaan orang kenanamaan tertentu
No 11
Peristiwa ini juga berlaku semata-mata ada sebuah Syarikat Bumiputra melobi kerjaan negeri Selangor dan sanggup membina sebuah Masjid dan membayai projek Kampung Tersusun Gesir Tengah Ulu

Selangor No 12
Sejak peristiwa yang menyayatkan hati ini berlaku, saya tidak lagi berminat mendapingi politik, terus berhenti menjadi ahli UMNO. Sedih dan kesal. Rupa-rupanya kebanyakan mereka mencari kekayaan melalaui UMNO, bukan berjuang untuk bangsa.

Sunday, June 27, 2010

What is landscaping all about, is it gardening or planning physical development of land

To my mind, the word landscaping is planning of physical development.  But to many people landscaping simply means gardening and planting trees

What is landscaping?

Landscaping is the combination of art and science to plan optimum physical development of land and its conservation. To implement this implies a study and comprehension of the ecological system and deep respect for its management.

The landscape architect is responsible for all this. His work and  activities must integrated  and in consultation with the work of the regional planner, the building architect, engineer, botanist,  horticulturist and other professionals in projects like air terminal, high ways, residential and industrial areas. He plans and designs aesthetic layouts of land area, taking into consideration all aspects of environment such nature of soil and vegetations so that the landscapes harmonize with existing land features and buildings including the type of vegetations to be planted or preserved and other related site development.

It seems to me the term ‘landscaping’ is wrongly intrepreted in this country. Here it simply means construction of parks and gardens, planting of trees and ornamental shrubs.  The landscape architects are not tuned to the planning and designing of physical development but rather taking over job of gardeners, horticulturists, botanists.

What make the landscape architects deviate from their responsibilities in design and planning of physical development. It is all because the organization is without by laws. We have the Town and country planning by laws already. And more over, the planning of our physical development can be carried out by almost any Tom, Harry and Dick.

To make matter  worst, we have also Landscape Department, under the Ministry of Housing. The City Halls and Municipal Councils also established Landscape Departments. What is really the function of this department?. Many years ago we have Garden Departments headed by horticulturists or Gardeners.

It is really sad that the landscape architects deviate from their professional experts in physical development and environment and taking the jobs of horticulturists or Gardeners. If only we could established a Landscape Department under Ministry of Environment, consists of various professionals such as Botanist, Ecologist, Environmentalist, Horticulturist and others, we could have a very powerful department to look after our environment.

I was once appointed as a botanist to manage a Landscape Consultant in establishing a Botanical Garden. My Client Boss whispered to me “ Don’t let the barber become a dentist” I did not understand what he was talking about until there was presentation. The foreigner Landscape architect trying to establish  Botanical gardens, neither he knew what  Botanical Garden is all about or the flora of Malesiana.

Saturday, June 5, 2010

POKOK POKOK TIDAK DIJAGA DENGAN BAIK

Dedalu

Dedalu 1

Pokok Tabebuia rosea mati diseranng oleh parasit Dedalu api

 

 

Dedalu 2

Beberapa pokok Tabebuia rosea mula diserang oleh parasit Dedalu api.

 

Konsep penghijauan dan pengindahan bandar dan wilayah semakin banyak dilakukan. Berjuta-juta ringgit telah dibelajakan dan  kita tidak tahu berapa banyak spesies pokok yang telah ditanam. Apa yang kita ketahui kebanyakan pokok yang ditanam  terdiri daripada pokok yang diimport dari luar negara. Pengimport-pengimport spesies pokok inilah yang menjadi “penasihat” dalam kerja-kerja penanaman pokok.

        Siapapun tahu menanam pokok, tetapi penjagaan atau penyelenggaraan pokok bukan sesuatu yang mudah. Jika penanamannya tidak dibuat dengan betul penyelenggaran tidak semudah boleh dilakukan.

         Boleh dikatakan sebilangan besar pokok-pokok yang ditanam ditaman-taman di bandar-bandar dan wilayah tidak dijaga dengan baik dan betul. Pokok-pokok tidak pernah dicantas, di baja atau kawal daripada serangan serangga dan penyakit

          Contoh yang sangat menarik banyak pokok diserang oleh Dedalu api ( Loranthus ferrugineus) sehingga menyebabkan pokok-pokok Tabebuia rosea ini mati. Sekiranya dilakukan cantasan dan membuang pokok parasit Dedalu api ini semua pokok Tabebuia ini dapat diselamatkan

Wednesday, June 2, 2010

ISTANA LAMA DI BEKAS TAPAK TAMAN PANTUN UKM JADI TANDA TANYA


Saya sering berjalan-jalan mencari bahan untuk penulisan buku saya betajuk In the Malay Village Orchard. Tempat jatuh lagi dikenang' ini kan pula tempat saya pernah berkerja dahulu Sekali sekala saya pergi ke bekas tapak taman pantun yang pernah saya majukan dulu , untuk memerhatikan kalau ada pokok buah nadir yang di tanam duhulu berbunga atau berbuah. Sayang sekali banyak pokok buahan nadir yang saya tanam dulu sudah tiada lagi.
Di bekas tapak taman pantun ini terdapat sebuah istana lama yang sangat menarik. Istana ini mula-mulanya dibina dan kemudiannya dirobohkan. Entah macam mana istana ini kemudianya dibina semula di atas tapak yang sama. Konon ceritanya perbelajaan meroboh dan membina semula melibatkan hampir 1.5 juta.
Saya menyangkan mungkin lah hendak membuat satu taman menggantikan konsep taman pantun, seperti Taman segala Raja Raja, atau Taman Larangan Istana yang banyak disebut dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Tapi jelas sekali Istana lama ini sudah terbiar.
Sayang sekali satu kawasan yang amat menarik seluar 16 ekar terbiar. Kawasan ini amat sesuai untuk dijadikan ruang perkebunan Melayu, ia itu Dusun atau Malay Village Orchards. Sesungguhnya sebelum kedatangan kuasa barat ke Alam Melayu, orang Melayu telah ada teknik perkebunannya sendiri. Dalam kebun ini berbagai-bagai spesies buah-buahan hidup bersimbiosis antara satu dengan yang lain. Kehadiran kuasa barat, teknik perkebunan Melayu terus pupus. Dan generasi muda sekarang ini tidak lagi dapat mengecam kepelbagaian buah-buahan Malaysia, Warisan Negara yang semakin dilupakan, sama lah seperti istana lama yang kini terbiar

Sunday, May 30, 2010

Buat Pargola Polycarbonate


Lama juga saya tak menulis dalam blogs saya. Sebabnya saya terlalu ghalib dengan buat pargola polycarbonate. Dengan bantuan seorang perkerja mahir Indonesia, saya dapat menyiap pargola dalam tempoh 25 hari. seronoknya kalau kita buat sendiri.
Dengan nasihat Pak Kadir, saya gunakkan kayu terpakai sahaja. Jadi saya dapat kayu cengal, resak, kempas dan meranti. Sejenis kayu yang saya cari selama ini, ialah kayu sungkai ( False Jati) dapat sebatang. Kayunya tersangat halus dan menarik.
Masa nak beli polycarbonate tu, saya tertipu juga. Harga satu kaki persegi RM5.50. Mujur Poly ini untuk sulur kecil, di belakang rumah. Kemudian dengan pertolongan seorang teman harga sebenarnya ialah RM2.60 sahaja. Memang kalau tak ada pengelaman alamat kena tipu. Memasangnya amat mudah sekali hanya dengan screw sahaja
Masa beli kayu juga nasib baik tak tertipu. Seorang penjual menawarkan harga RM 14.00 satu kaki bagi satu tiang. Jadi kalau 10 kaki pajang tiang, bermakna harganya RM140.00 sebatang tiang. Mujur lah ada seorang penjual memberi tahu harganya, hanya RM10.00 satu kaki sahaja.
Jadi saya sangat puas hati dengan pargola dan polycarbonate saya. Bukan itu sahja, saya sudah jadi pakar dalam buat pargola polycarbonate.
Ada sesiapa yang berminat?