er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf
- ISMAIL SAIDIN
- Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
- An Agri/Horticulturist and Botanist,former researcher Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia
Monday, October 15, 2012
BERHATI-HATI TENTANG TUMBUHAN BERACUN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL
Sejak kebelakangan ini terlalu banyak tersiar dan promosi tentang perubatan tradisional. Ubat-ubat ini terdiri daripada berbagai-bagai jenis herba, syrub atau pokok yang dikatakan dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit. Pembuat atau penjual ubat-ubat ini tidak segan silu lagi menerangkan tentang efek farmakologi yang boleh menyembuhkan penyakit seperti darah tinggi, kecing manis, kanser, stroke mati pucuk dan sebagainya.
Hal ini tidak fahami oleh pesakit-pesakit dan biasa terus membeli ubat-ubat ini. Ada pokok ubat ini dijual dan terus ditanam dan diamalkan memakannya. Dalam sinarai tumbuh-tumbuhan perubatan biasanya ditulis tajuknya MEDICINAL AND POISONOUS PLANTS. Ini bermakna tumbuhan perubatan biasanya mengandungi RACUN.
Jarang sekali kita dengar seseorang itu keracunan memakan ubat tradisional. Tetapi hal ini kerap berlaku dan tidak dilaporkan. Seorang yang saya kenali keracunan teruk. Dia diberi tahu tentang rempang Lempoyang hitam ( Zingiber ottensii ) boleh mengubati sakit lututnya. Beliau menyapu,lutunya dengan rempang Lempoyang yang telah ditumbuk dan seterus meminum air rempang yang diperah. Belau telah mengalami keracunan sehingga lututnya melecur dan muntah yang teruk. Seorang kenalan yang lain, diberi tahu tentang ubat yang didapat mengubat darah tingginya. Beliau terus memakan ubat itu dan akhirnya mendapat stroke.
Dalam hal ini pengguna perubatan tradisional perlu berhati-hati. Kandungan kimia yang terdapat dalam tumbuhan ubat berupa mentah atau raw lagi. Tidak ramai yang tahu tentang efek farmakologi tentang kepelbagaian spesies tumbuhan ubat tempatan.
Nenek moyang kita zaman dahulu amat arif tentang ubat-ubat tradisional ini. Ada catatan yang dikumpulkan oleh I.H Burkil and Mohamed Haniff 1930 jelas menunjukkan kepakaran nenek moyang kita dahulu dalam perubatan menggunakan tumbuh-tumbuhan tempatan. Malangnya kita tidak lagi mempunyai kepakaran dalam mengenalpasti tumbuh-tumbuhan ubat seperti yang tercatat dalam Burkil dan Mohamed Haniff. Kebanyakan spesies yang tercatat dalam Burkil dan Mohamed Haniff sukar ditemu lagi.
Usaha penyelidikan tumbuhan perubutan perlu segera dijalankan. Sebaiknya perlu ada taman taman untuk memulihara tumbuhan-tumbuhan ini sebagai Warisan Negara.
Clinacanthus nutans
Famili: Acanthaceae
Nama Tempatan: Snake grass
Belalai gajah
Tarum siam
Dandang gendi
Species herba atau syrub ini dikatakan dapat mengubati berbagai-bagai penyakit termasuk kanser.
Kini mula ditanam sekitar rumah untuk tujuan perubatan. Belum diketahui tentang efek farmakologinya.
Friday, August 10, 2012
LADANG POKOK, TREE FARMING ATAU BAUMSCHULE
Negara maju seperti Jerman terdapat Ladang pokok, tree farming atau Baumschule. Tujuan tree farming ini adalah untuk tanaman pokok bagi pengindahan bandar. Pokok-pokok dipilih dan disesuaikan untuk pengindahan taman atau bandar ditanam di tanah dan digali apabila diperlukan untuk ditanam semula ke taman-taman.
Di Malaysia terdapat juga ladang pokok tetapi cara penanaman dan pengurusannya amat unik. Ladang pokok di Malaysia spesies pokok ditanam dalam karung plastik besar dan disusun mengikut spesies dan sedia untuk dijual ( Lihat gambar )
Ladang-ladang pokok ini atau sering disebut Nursery terdapat ratusan ekar di sekitar Muar, Johor. Ladang ini di usahakan oleh pekebun pekebun China.
Organisasi pengurusan dan pemasaran pokok bergabung rapat dengan negara jiran bagi mendapatkan benih-benih pokok, selain khidmat nasihat tentang pokok. Pemasaran juga ada hubung kait dengan sistem “cartel”
Seseorang yang hendak membuat reka bentuk senitaman, biasanya akan mendapat nasihat daripda pengusaha ladang pokok atau nursery di Muar. Pengusaha Nursery ini akan menganjurkan spesies-spesies yang diperlukan dan kadang-kadang memberi anggaran harga pokok. Akhirnya pokok-pokok terjual dengan harga yang menakjupkan
Usaha ladang pokok yang dijalankan oleh Pekebun-pekebun China di Muar banyak membantu dalam pembangunan seni taman di Malaysia. Boleh dikatakan hampir 99% pokok yang ditanam di Semenjung Malaysia atas usaha pekebun-pekebun China ini.
Pengiktirafan dan penghargaan patut diberi kepada pengusaha ladang-ladang pokok atau nursery ini kerana usaha menghijaukan alam sekitar Malaysia.
Saturday, June 23, 2012
Teknik Bio-Kejuruteraan Boleh Mengawal dan Menstabilkan Cerun dan Bukit.
Jika kita perhatikan sekitar lebuh raya dan sekitar kawasan perumahan yang berbukit yang telah ditolak tambus, beratus-ratus curam dan cerun bukit menunggu masa untuk tergelincir atau runtuh. Tidak ada tanda-tanda yang boleh dikesan bila ia akan berlaku, kebiasaannya pada bila-bila masa sahaja pada musim hujan
Tanah yang telah ditolak tambus menjadi gersang dan tidak ada tumbuhan yang boleh hidup lagi sehingga beberapa tahun ( Lihat gambar)
Alam semula jadi ( nature ) dalam hal ini membantu memulihkan kesuburan tanah. Spora paku pakis Resam ( Dicranopteris linearis) tumbuh memenuhi ruang-ruang tanah yang telah ditolak tambus.
(Paku pakis Resam tumbuh sendiri sebagai penutup bumi selain menyuburkan semula tanah)
Burung-burung seperti Merbah, Punai, Kelicap mula berlindung di bawah-bawah pokok Resam sembil melepaskan najis yang mengandungi biji-biji benih syrub dan pokok. Syrub dan pokok-pokok seperti Senduduk, Mahang, Halban dan sebagainya tumbuh dan hidup dengan baik. Dalam tempoh yang sengkat, tanah yang ditolak tambus menjadi subur dan dipenuhi oleh berbagai-bagai spesies tumbuhan
Bagaimanapun, cerun cerun yang dibina kebanyaknya terlalu curam dan tinggi, seperti dalam gambar ini
(Cerun ini akan runtuh pada bila bila masa sahaja)
Ada pula teknik hydro-seeding, ia itu dengan menyebur biji benih rumput yang diimport. Teknik ini sebenarnya tidak dapat menyuburkan tanah jauh lagi dapat mengawal hakisan. Rumput ini mudah terbakar dan lebih merosakkan keadaan cerun
Cerun seperti gambar di atas, yang curam, tinggi dan hanya dilakukan dengan teknik hydro seeding sahaja mudah berlaku kegelinciran atau tanah runtuh. Apabila berlaku kegeliciran cerun atau tanah runtuh kos membaik pulih amat tinggi.
Satu cara untuk mengawal dan menstabilkan cerun dan bukit yang ditolak tambus ialah teknik Bioengineering, ia itu teknik menanam pokok yang dipilih khas untuk mengawal dan menstabilkan cerun dan bukit yang telah ditolak tambus.
Pokok yang dipilih khas ialah spesies pokok yang mempunyai akar yang kuat dan mempunyai banir yang tinggi selain kesusaian habitatnya.
(Akar dan banir pokok yang dapat mengawal hakisan)
Beberapa spesies pokok telah dapat kenalpasti untuk teknik bioengineering ini. Bagaimanapun, masalah timbul dalam hal menyuburkan semula tanah yang telah ditolak tambus bagi membolehkan spesies yang ditentukan itu hidup. Ini memerlukan “trial and error on the spot” iaitu melakukan inoculasi mikrop.
Masalah lain timbul adalah tentang penyelenggaraan yang betul termasuk pemberian nutrien ( baja ) yang betul serta kawalan keselamatan pokok.
Kesukaran yang lain timbul ialah dari sudut budaya kerja kita. Pembangunan fizikal kita dikongkong oleh satu sudut sahaja ia itu budaya buldozer oriented oleh sesiapa sahaja dalam kontrak pembangunan fizikal sedangkan kita mempelapori pembangunan hijau konon.
Ismail Saidin
Saturday, June 2, 2012
KAWALAN TANAH RUNTUH, KEGELINCIRAN CERUN DAN RUMAH GELAS DI UKM
Baru-baru ini saya melapangkan sedikit masa berjalan-jalan ke kampus UKM. Di awal penubuhan UKM saya bertanggung jawab mereka bentuk seni taman dan menjalankan kerja-kerja menanam pokok. Tujuan saya berjalan-jalan ke kampus semata-mata untuk melihat pokok-pokok yang saya tanam dahulu
Saya amat merasa gembira dan bangga kerana kepelbagaian pokok yang saya kumpul dan tanam masih hidup dan dijaga dengan baik. Bagaimanapun ada beberapa spesies pokok dan palma sudah tiada lagi mungkin sudah mati atau dibuang. Spesies pokok dan buah-buahan yang banyak disebut dalam pantun dan peribahasa sudah tidak ada lagi.
Kampus UKM terdapat cerun-cerun hasil daripada tarahan bukit. Saya telah cuba melakukan teknik bioengineering bagi mentabilkan cerun dan tarahan bukit. Beberapa spesies pokok telah ditanam bagi menstabil dan mengawal hakisan cerun. Saya rasa bangga pokok yang ditanam itu mempunyai banir yang dapat menstabilkan cerun. Cerun-cerun nampaknya stabil dan mungkin tidak akan berlaku kegelinciran
Di sekitar plot percubaan, apabila melihat rumah gelas, teringat saya bagaimana pada mula-mulanya ia dibina – nostalgia yang menyedihkan saya.
Saya telah menasihatkan kawasan tropika tidak perlu membina rumah gelas. Rumah gelas hanya dibina di negara yang berhawa dingin bertujuan untuk menyimpan pokok-pokok dengan suhu yang ditentukan. Rumah gelas terus dibina dan kemudiannya apabila pokok dimasukkan terus kering!
Keseluruhannya saya amat bangga dengan senitaman UKM dengan kepelbagaian spesies pokok dan palma yang masih kekal dan hidup subur.
Thursday, May 17, 2012
WARNA WARNI HUTAN TROPIKA MALAYSIA
Negara berhawa sederhana (Temperate countries) mempunyai empat musim. Musim meluruh dan musim bunga merupakan musim yang dinanti-nanti kerana keindahan pelbagai warna. Musim luruh terdapat keindahan daunan pelbagai warna. Musim bunga pula terdapat pelbagai warna bunga-bungaan.
Di Malaysia tidak terdapat musim bunga atau musim meluruh, hanyalah kehijauan sepanjang tahun. Bagaimanapun, terdapat juga banyak spesies pokok mempamirkan keindahan pelbagai warna bila sampai musimnya. Keindahan warna warni ini bila sampai musim meluruh (deciduous) bagi setengah-setegah spesies pokok dan yang lainnya pula mula berpucuk muda. Keindahan warna warni dapat di lihat di sekitar hutan di bukit-bukit dan gunung
Nenek moyang kita zaman dahulu peka tentang keindahan warna warni ini dan dapat mengecam musimnya seterus dijadikan panduan untuk mula turun ke ladang bersawah padi atau upacara pertanian. Generasi sekarang ini tidak lagi peka dalam hal ini
Warga negara asing pula mencari spesies pokok ini untuk dijadikan elemen seni taman dan dijual dengan harga yang mahal
Semasa berkhidmat sebagai botanist di bawah KLCC Projek, saya telah mencadangkan sebuah taman berkonsep warna warni. Caranya ialah dengan menanaman berkelompok satu-satu spesies supaya memberi impak warna. Taman ini saya panggil Taman Pancarona Putrajaya. Saya telah menyedia spesies yang sepantutnya ditanam.
Baru-baru ini dalam siri jalanan mengambil gambar untuk buku saya, Taman Pancarona yang saya ilham tidak kesampaian. Pokok yang ditanam bukan daripada spesies Pancarona
Saturday, March 31, 2012
Pepohon Kebangsaan Malaysia( Malaysian National Tree
Kita telahpun mempunyai Bunga Kebangsaan, ia itu Bunga Raya ( Hibiscus rosa sinensis ). Bagaimanapun, kita belum lagi mempunyai pokok atau Pepohon Kebangsaan.
Kalau kita lihat sekitar taman-taman kita kini dipenuhi berbagai-bagai spesies pokok yang dibawa atau diimport dari luar negara. Tidak ramai yang tahu hal ini dan jauh lagi mengetahui bahawa pokok-pokok yang diimport ini ada yang sudah merosakkan persekitaran ekoloji hutan.
Walaupun Malaysia antara negara yang mempunyai bilangan spesies antara yang tertua dan terkaya di dunia, tetapi tidak ramai yang menghayatinya sebagai warisan negara.
Sampai masanya kita perlu memilih satu spesies pokok untuk dikenali sebagai Pepohon atau Pokok Kebangsaan atau National tree. Kalau Bunga raya berunsur rukun negara berdasar petalnya, Pepohon Kebangsaan melambang kesenian dan sains negara. Pepohon kebangsaan ini dapat menyedarkan tentang pentingnya memulihara tumbuhan kita.
Saya ingin mencadangkan Pepohon atau pokok kebangsan kit:
Peltophorum pterocarpun
Famili: Leguminosae
Negara Asal: Malesia
Nama Tempatan: Jemerlang, Batai
Yellow Flame
Pokok Jemerlang atau Yellow Flame memenohi syarat-syarat sebagai Pokok atau Pepohon Kebangsaan atau National Tree
- Pokok ini ialah pokok tempatan dan tersebar sekitar Nusantara
- Pokok ini mudah hidupnya, kuat dan tidak mudah patah
- Mempunyai bunga kuning yang menarik
- Tidak mengotorkan kawasan
- Memberi teduhan yang baik
- Hidup sebarang jenis tanah
Saya mohon pembaca memberi pandangan dan cadangan untuk menjayakan konsep Pokok kebangsaan Malaysia ini
Ismail Saidn
Saturday, February 4, 2012
AKAR PERIOK KERA–TUMBUHAN UNIK MALAYSIA
Malaysia amat terkenal dengan kepelbagaian flora antara yang terkaya dan tertua di dunia. Ada spesies antara flora ini yang tersangat unik, ia itu Akar periok kera atau lebih dikenali juga sebagai Nepenthes.
Nepenthes ampullaria
Keunikan Akar periok kera ini, tip daunnya membesar dan membentuk seperti mangkuk dengan berbagai-bagai saiz dan bentuk serta warna warna yang menarik mengikut spesies.
Mangkuk-mangkuk ini biasanya bertujuan untuk memerangkap serangga. Dalam mangkuk ini terdapat air bertakung dan sekitar pemukaan mangkuk terdapat pula sumbar-sumbar nektar. Serangga-serangga akan tertarik dengan nektar-nektar ini dan biasanya akan terjatuh dan mati lemas dalam mangkuk. yang bertakung air. Serangga-serang yang mati dicerna dan nutrien yang dicerna menjadi makanan bagi pokok periok kera ini.
Di Malaysia terdapat kira-kira 85 spesies Akar periok kera. Masih banyak spesies yang masih belum ditemui, terutamanya di Sarawak dan Sabah. Usaha untuk memulihara tumbuhan ini tidak banyak dilakukan. Pembangunan pesat yang tidak terkawal mungkin akan mengancam kepelbagaian spesies akar periok kera.
Semasa saya melawat beberapa Taman Botani di German dahulu saya perhatikan banyak pokok Akar periok kera ini sudah dilakukan penghibridan dan dijadikan tanaman hiasan yang sangat mahal. Lebalnya menunjukkan tanaman ini berasal dari Malaysia
Usaha untuk membudidayakan tanaman Akar periok kera atau Nepenthes ini tidak banyak dilakukan, sedang tanaman ini berpotensi besar sebagai tanaman hiasan yang boleh dijadikan elemen seni taman Malaysia. Keunikan Nepenthes boleh menarik pelancong luar negara.