er Researcher Institute of Malay World and Civilization UKMf

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
An Agri/Horticulturist and Botanist,former researcher Institute of Malay World and Civilization National University Malaysia

Saturday, November 13, 2010

Bunga Raya, Bunga Kebangsaan Tidak mendapat Tempat Dalam Seni Taman Malaysia




Bunga raya, Bunga Kebangsaan kita, lebih dikenali dengan nama Hibiscus rosa-sinensis sedang merayakan jumbli emas; sudahpun melangkau setengah dekat sebagai bunga kebangsaan Malaysia.

Walaupun Bunga raya ini Bunga Kebangsaan kita, ramai jenerasi sekarang tidak dapat mengenali bunga ini, jauh lagi menghayatinya sebagai Bunga Kebangsaan

Di taman-taman kebanyakan bunga-bungaan ditanami dengan annual dan syrab yang diimport dari luar negara. Jarang-jarang terdapat Bunga Kebangsaan kita ditanam. Kalau adapun, pokoknya hidupnya"segan mati tak mahu"

Tidak lama dahulu sekitar taman-taman diseluruh Malaysia termasuk juga Putrajaya dan wilayah persekutuan lain, sebok dan secara tergesa-gesa menanam Bunga raya. Rupa-rupanya ini adalah arahan YAB Perdana Menteri.

Hairan juga saya dalam tempoh yang singkat beribu-ribu pokok bunga raya dapat ditanam diseluruh negara. Rupa-rupanya ada ahli perniagaan yang bijak mengumpul dan mengimport seberapa banyak anak-anak pokok Bunga Raya. Dia hanya menunggu perintah dari pihak yang berkuasa untuk menanam pokok Bunga Raya. Arahan dikeluarkan dan seluruh taman-taman awam di Malaysia giat menanam Bunga Raya.

Setelah sekian lama Bunga raya ditanam, kini Bunga Kebangsaan ini mula terbiar dan hidup segan mati tak mahu.

Sebagai Bunga Kebangsaan, sepatutnya Bunga raya dan spesies dan kulitvarnya ditanam secara meluas. Penyelidikan perlu juga dijalankan bagi mendapatkan kepelbagaian warna supaya lebih menarik untuk ditanam secara batasan, standard syrab, pagar hiasa, tanaman pasu dan sebagainya.

Saya telah menjalankan beberapa penyelidikan terhadap Bunga raya dengan mengunakan Growth Retardent CCC dan hasilnya sangat memuaskan ( lihat gambar). Sayang sekali saya bukan seorang ahli perniagaan hanya seorang peminat Bunga Raya







Wednesday, October 13, 2010

BERAPA BANYAK TAMAN BOTANI HENDAK DI BINA

 

Tidak berapa lama dahulu saya telah menulis dalam Utusan Malaysia ( 30.10.06) bahawa kita tidak mempunyai Taman Botani dan Herbarium Negara. Dalam blog saya juga saya tulis tentang pentingnya Taman Botani.

Pada 7 Okt. 2010 Utusan Malaysia melaporkan tentang pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur dan KWPKB menaikkan taraf Taman Tasik, ( Lake Garden ) Kuala Lumpur sebagai Taman Botani.

Kita di fahamkan menaikan taraf Taman Tasik ini menjadi Taman Botani adalah saranan YAB Perdana Menteri.

Fasa 1 telahpun hampir siap dan melibatkan perbelanjaan RM12juta. Fasa 11 pula sedang dirancang bagi menumpukan penyelidikan, pembelajaran dan menyediakan segala kemudahan saintifik.

Kini sudah terdapat beberapa Taman Botani sedang dalam pembinaan. Taman Pertanian Shah Alam kini sedang giat dijalankan oleh MARDI untuk dinaikan tarafnya sebagai Taman Botani Negara. FRIM juga berkhasrat membangun dan menaikkan tarafnya sebagai Taman Botani. Taman Botani Pulau Pinang, dulunya subsidiari Taman Botani Singapura, mahu dibangun semula sebagai Taman Botani.

Di Melaka juga mahu menaikkan taraf sebuah taman sebagai Taman Botani. Di Batu Pahat juga sebuah taman mula dimajukan sebagai Taman Botani. Di Putrajaya juga terdapat sebuah Taman Botani dan pembangunannya sudah terbangkalai.

Mengapakah kita memerlukan begitu banyak taman botani. Mungkin ramai yang tidak faham apakah sebenarnya sebuah Taman Botani.

Taman botani merupakan pusat pengajian dan penyelidikan tinggi tumbuh-tumbuhan, pusat pemuliharaan tumbuh-tumbuhan, pembelajaran dan penguat kuasa undang-undang terhadap tumbuh-tumbunan, selain kini menjadi destinasi pelancongan yang sangat popular.

Bukanlah mudah untuk mendapat taraf taman sebagai Taman Botani. Pengurusannya memerlukan botanists dan biologists dari berbagai-bagai bidang. Hanya beberapa Taman sahaja yang diiktiraf sebagai Taman Botani. Antaranya Taman Botani Singapura, Taman Botani Bogor, Calcutta, Sri Lanka, Melbourne adalah yang paling terkenal dan diiktiraf dunia.

Kita memerlukan satu sahaja Taman Botani dan Herbarium negara. Yang paling baik perancangannya ialah Taman Botani Putrajaya dan 13 taman lain seperti Taman Rimba Alam, Taman Wet Land, Wet Land, Taman Wawasan, Taman Pancarona, Warisan Pertanian, dan lain-lain yang boleh dijadikan subsidiari Taman Botani Putrajaya..

YAB Perdana Menteri pada sidang akhabar selepas merasmikan Festival Bunga atau Floria Putrajaya 2010, berkata Taman Botani Putrajaya perlu dinaikan taraf dan ditanam lebih banyak tumbuh-tumbuhan untuk menjadi taman yang mendapat pengiktirafan di peringkat antara bangsa.

Persoalan yang timbul mengapakan Taman Tasik perlu dinaikan tarafnya sebagai Taman Botani. Mengapakah Taman Pertanian Shah Alam mahu dinaikan taraf sebagai Taman Botani Negara seterusnya beberapa taman yang hendak dinaikkan taraf sebagai taman botani. Jelas sekali ramai golongan masyarakat Malaysia tidak tahu apa itu taman botani sebenarnya.

Ada banyak konsep taman boleh di bangun. Seperti negara Jepun terdapat Taman Jepun (Japanese Gardens) Di England pula terdapat English Garden. Cina pula terdapat Chinese Gardens semuanya memaparkan budaya masing-masing. Sebenar kita juga mempunyai ruang perkebunan Melayu, Taman Melayu,( Malay Gardens)

Dusun, Parak, Bustan yang banyak disebut dalam Hikayat-Hikayat Lama. Sepatutnya thema taman seperti ini dimajukan

Banyak Taman telah dibangunkan di Malaysia. Sayangnya Taman-Taman ini dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan yang diperkenalkan dari luar negara, sedangkan tumbuhan-tumbuhan tempatan kita diancam kepupusan.

Ismail Saidin

Wednesday, October 6, 2010

TAMAN BOTANI….OH TAMAN BOTANI

MALAYSIA sebagai sebuah negara di kawasan tropika lembap telah dianugerahkan dengan kepelbagaian tumbuhan antara yang tertua dan terkaya di dunia.

Bilangan spesies tumbuhan vaskular yang wujud telah dianggarkan berjumlah 12,000 atau 5 peratus daripada jumlah di dunia yang dianggarkan lebih kurang 250,000 spesies. Jumlah ini meletakkan Malaysia sebagai negara yang ke-12 terkaya dengan spesiesnya di dunia.

Walaupun Malaysia ini kaya dengan kepelbagaian tumbuhan, kita tidak mempunyai sebuah taman botani dan jauh lagi mempunyai herbarium Negara.

Saya rasa tidak ramai yang tahu apa sebenarnya fungsi Taman Botani dan Herbarium

Taman Botani ialah institusi penyelidikan tumbuh-tumbuhan, pemuliharaan, pembelajaran, selain penguatkuasa undang-undang terhadap tumbuh-tumbuhan. Kini fungsi Taman Botani ditambah pula sebagai  destinasi pelancong yang sangat menguntungkan.

Herbarium pula ialah Conserved specimen yang menjadi rujukan regional flora.

Taman Botani perlu mendapat pengiktirafan antara bangsa. Jika tidak mendapat pengiktirafan ini ia tidak boleh di panggil taman botani. Untuk dapat pengiktirafan ini Taman Botani perlu mempunyai lembaga pengarah dan kurator-kurator  yang terdiri daripada botanists dan biologists dari berbagai-bagai bidang.

Banyak taman-taman tidak diiktiraf sebagai taman botani. Taman Botani Putrajaya tidak diiktifaf sebagai taman botani. Taman Pertanian Tenom, Sabah, masih belum diiktiraf sebagai taman botani walaupun fungsinya sudah menyamai fungsi Taman Botani.  Ia masih lagi dipanggil Taman Pertanian. 

Kini pihak MARDI sedang giat membangun dan menaikkan taraf Taman Pertanian Shah Alam sebagai Taman Botani Negara.  Di Pulau Pinang juga sedang giat membangun dan menaikkan taraf Taman Botani Pulau Pinang yang dulu subsidiari Taman Botani Singapura.

Berapa banyak taman botani akan dibangunkan. Bolehkan taman-taman ini mendapat pengiktirafan sebagai Taman Botani?

Bagaimana pula Taman Botani Putrajaya yang kini masih terbengkalai dan tidak lagi dijaga dengan  baik.

Perancangan pembangunan Taman-taman di Putrajaya amat menarik. Perancangannya, Taman Botani menjadi pentadbir dan menguruskan 13 konsep taman-taman Putrajaya. Ini menjadikan Taman Botani Putrajaya unik dan boleh mendapat perhatian dunia.

Untuk membangunkan Taman Botani Putrajaya hanya memerlukan botanists yang berpengalaman dalam membangunkan taman ini.  Pembangunannya  tidak  memerlukan peruntukan yang banyak.  Pengiktirafannya boleh membawa bantuan keuangan dari luar negara.

Ismail Saidin

Saturday, October 2, 2010

Writers at the Mercy of Publishers and Printers

The Minister of Information, Communication and Culture, Datuk Seri Rais Yatim, raised the issue of why writers in Malaysia could not earn their living out of writing, while sales of books reached RM2.1 billion. The Minister raised the issue during the launching of the book, Najib Razak, A Sense of Mission on March 31, 2010.

I could not believe myself when the Minister said that there are 8,184 publishing companies and 5150 writers in Malaysia, which means that there are more publishing companies

Looking at the sales of books amounting to RM2.1 billion, the publishing companies are making a lot of money. We do not know the numbers of printing companies and I believe they too are making a lot of money.

The procedures of publishing books, a writer or an author normally submit his or her manuscript to a publisher. The publisher will review the manuscript in terms of market potential. If the potential markets is lucrative, an agreement will normally be made between the publisher and the writer. In the agreement are usually prescribes royalty, the number of copies to be published and others as in accordance to the Copy Right Act. This is merely a formality only.

Those of you who want to publish  books your are at the mercy of the publishers and printers. The publishers and printers are some times in cahoots to publish more copies than those specified in the agreement. Usually, the publisher will sell all the these copies in normal or informal market. The number of copies as specified in agreement usually are not sold but kept in the store. Because the copies are not sold, the writer or author does not get full royalties. After a couple of years, these books will be sold at cheaper prices.

Tuesday, September 14, 2010

PELBAGAI GUNA POKOK ANGSANA

Mungkin ramai yang kenal  pokok Angsana ( Pterocarpus indicus) kerana pokok ini banyak ditanam di sekitar bandar dan bandar raya. Bagaimanapun tidak ramai yang tahu tentang kepelbagaian kegunaan pokok ini.

Angsana -2

Pterocarpus indicus

 

Pokok Angsana berasal dari kepulauan Solomon dan New Guinea tersebar luas hingga ke Indonesia, Malaysia, Indochina, Filipina dll . Oleh sebab pokok ini mempunyai pelbagai kegunaan, ia diberi berbagai-bagai nama. Di Malaysia dipanggil Angsana, Sena, Pedauk. Di Filipina dipanggil Narra dan popular sebagai Pokok Kebangsaan. Selain itu dipanggil juga Amboyna, Rose wood, Red sandle wood dan sebagainya

Pokok Angsana mula ditanam di Pulau Pinang dalam 1802 sebagai hiasan teduhan sisi jalan dan diikuti Melaka. Hingga sekarang pokok Angsana masih banyak ditanam sebagai hiasan sisi jalan.

Bagaimanapun, penanaman pokok Angsana ini tidak dibuat dengan betul dan tidak dijaga rapi  menyebabkan pokok ini mudah tumbang dan dahannya mudah patah apabila berlaku angin kencang,  seterusnya merosakkan harta benda.

Pokok Angsana mudah hidupnya dan mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Batang sepanjang 2 meter boleh ditanam terus ke tanah. Pokok ini boleh hidup dalam sebarang jenis tanah. Malah tanah gersang, tanah berair dan berlumpur pokok ini boleh hidup baik.  Ia juga mempunyai banir dan akar yang kuat. Yang paling menarik anai-anai bersimbiosis dengan pokok ini, hingga pangkal pokok ini menjadi seperti busut.  Pokok ini boleh dilakukan cantasan membentuk, cantasan pembaharuan dan cantasan pemulihan.

Saya telah menggunakan pokok Angsana ini untuk menstabilkan cerun. Pernah berlaku tanah runtuh di Komsis A, UKM dan saya telah menstabilkan cerun dengan menanam pokok Angsana. Hingga hari ini saya kira cerun itu cukup stabil.

Saya rasa banyak cerun sekitar Lebuh Raya Utara Selatan dan cerun-cerunlebuh raya yang terdapat di Malaysia boleh distabilkan dengan menanam pokok Angsana, selain berbagai pokok yang lain.

Saya sangat tertarik dengan pokok Angsana atau pokok Sena. Kayu pokok Sena ini  sangat cantik dan di Filipina, kayunya yang dipanggil Narra dan dijadikan perabot yang sangat mahal harganya. Lebih menarik lagi kayu Angsana ini boleh di buat peralatan  muzik seperti guitar.

angsana 2 angsana

Guitar yang diperbuat daripada kayu Angsana

 

Saya sekali kita tidak membudidayakan pokok Angsana  atau Sena. Kita lebih suka menanam pokok yang diimport. Sehingga kina 90% pokok yang ditanam di taman-taman di Malaysia terdiri daripada pokok yang import

      Buai laju-laju,

           Sampai bali sana;

       Apa dalam baju,

            Kuntum bunga Sena

      Buai laju-laju

           Bawah pokok Sena

      Apa dalam baju

           Ada kertas warna

 

Ismail Saidin

Botanist and Malay World

Sunday, August 29, 2010

Mengawal tanah runtuh dan menstabilkan cerun secara ekoloji Tumbuhan

Sekiranya anda memandu di lebuh raya utara selatan, anda dapat melihat dikiri kanan lebuh raya ini cerun-cerun ditumbuhi oleh Paku pakis  Resam (Dicranoteris linearis).

ResamResam 2

Pokok Resam ini tumbuh sendiri dengan sebaran sporanya yang dibawa angin. Natur (Nature) memaiankan peranan untuk menutup muka bumi yang gersang, tercemar dan cuba menyuburkan semula muka bumi yang telah ditolak tambus.

Bagaimana Resam ini dapat hidup di atas bumi yang gersang amat menakjupkan. Dalam tempoh yang sengkat cerun-cerun ditutupi oleh Resam, selain memberi pendangan yang menarik serta menstabilkan cerun.

Rasanya pihak yang tertentu tidak perlu membayar satu sen pun dalam menghijaukan kiri kanan lebuh raya ini seterusnya menstabilkan cerun

Resam 1 Resam 4

Dalam menstabilkan cerun, pokok Resam ini membunuh Lalang ( Imperata cylindrica) dan lain-lain rumpai. Setelah hidup subur, rimbunan pokok Resam ini tempat perlindungan burung-burung untuk berehat atau tidur.Burung seperti merbah dan kelicap membawa biji-biji benih dalam najis/beraknya. Biji benih ini akan bercambah di bawah rimbunan pokok Resam.  Anak-anak pokok seperti Senduduk ( Melastoma),Mahang (Macaranga) Halban (Vitex pinnata), Akasia, Ficus dll.tumbuh dengan subur.  Akhirnya pokok Resam memberi laluan kepada pokok-pokok di atas, untuk tujuan menghutan semula dan menstabilkan cerun.

Malangnya pembinaan cerun-cerun oleh jurutera-jurutera, tidak memikirkan kepentingan ekoloji persekitaran. Ada cerun-cerun yang terlalu curam hingga melebihi 45 darjah. Bukan itu sahaja, terdapat pula teres-teres cerun dibina parit-parit kongkrit. Kononnya hendak melarikan air dari curam dan cerum.Saya kira tidak ada di dunia ini parit-parit dibina di atas bukit.

Pembinaan parit-parit di atas curam dan cerun ini menambah keadaan kegersangan tanah dan tanah-tanah literit akan merekah-merekah dan mikrops tanah tidak dapat hidup baik.

Parit-parit di atas curam dan cerun ini ada kala rosak dan pecah disebabkan pergerakan tanah. Jadi air akan mencurah-curah keluar hingga menyebab hakisan seterus kegelinciran cerun.

 

DSCN6578

Resam 5

Kegelinciran cerun ini ditutup dengan plastik dan akhirnya dibina pula konkrit batu batan. Beratus-ratus pembinaan konkrit batu batan didapati dibina sepanjang lebuh raya utara selatan. Kosnya agak mahal tetapi ada juga peluang pekerjaan bagi kontraktor klas F

Sebenarnya bagi mengawal hakisan, kegelunsuran cerun,  tanah runtuh dan sebagainya boleh dilakukan dengan menanam pokok-pokok yang dipilih khas bagi tujuan ini. Teknik ini dipanggil bioengineering.  Saya telah menjalan teknik ini dan dapat mengenalpasti spesies tumbuhan yang dapat mengawal dan menahan tanah runtuh. Percubaan yang saya jalan di kampus UKM kira-kira suku dekad yang lalu menunjukkan kestabilan cerun dan tidak berlaku tanah runtuk dicerun-cerun yang tanam dengan pokok-pokok yang dipilih khas.

Saya sangat berminat untuk berkongsi pengalaman dalam penyelidikan Bioengineering ini.

Tuesday, August 24, 2010

Pertanian Ikon Kemiskinan…?

Malaysia masih lagi dianggap sebagai negara pertanian.  Sebilangan besar rakyatnya masih lagi bergantung hidup kepada sektor ini.

Pada satu ketika dahulu  sektor ini memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi negara. Tetapi kini pertanian merupakan ikon kemiskinan?

Bila kita sebut sahaja petani, peladang, pesawah penoreh getah, tukang kebun, nelayan, penternak dan peneroka terbayang di dalam minda kita wajah-wajah kemiskinan. Ramai yang tidak lagi berminat untuk berkecimpung dalam sektor ini.

Pada satu ketika dahulu, bermulanya era DEB Kementerian Pertanian dan Koperasi dirombak dan digantikan dengan berbagai-bagai agensi kerjaan , seperti Maju Ternak, Maju Ikan,LPN, FAMA, Felda, Felcra, Risda, MARDI,  termasuk juga Bank Pertanian dan Universiti Pertanian.

Beberapa siri Dasar Pertanian Negara juga di gubal, tetapi pertanian masih juga ditakuk lama. Yang pasti, sebilangan besar agensi pertanian ini ditutup. Dan yang amat ketara ialah Universiti Pertanian. Nama pertanian itu terlalu miskin bunyinya dan digantikan dengan nama Universiti Putra. Begitu juga Bank Pertanian ditukar kepada Agrobank.

Kita sudah mencapai Kemerdekaan lebih setengah abad yang lalu. Dasar pertanian negara masih lagi terombang ambing. Kearah mana golongan masyarakat  luar bandar terutamanya orang Melayu menempuh hidup.

Di luar bandar terdapat beribu-ribu ekar tanah terbiar yang terdiri daripada tanah rezab Melayu. Sayangnya tanah ini tidak dapat dimajukan melainkan ditanam dengan Getah atau Kelapa sawit, dan disebut sahaja pekebun kecil. Konsep pekebun-pekebun kecil ini jelas juga menampakkan ikon kemiskinan dalam banyak espek.

Semasa saya berada di Jerman mengikuti kursus, saya amat kagum dengan petani-petani. Kebanyakan petani-petani kaya raya. Mereka ini dijaga dan diurus dengan baik oleh Kementerian Pertanian.

Saya pernah mengikuti dN melawat sebuah ladang bersama-sama dengan seorang Pegawai Pertanian dari Landwirtchaft Versuchanstalt,Darmstadt. Masalah petani ini hanyalah kolam ikannya terlalu banyak rumpai. Sebelum masuk ke ladangnya petani terlebih dahulu bertanya tentang pengalaman pegawai tersebut. Dia juga bertaya tentang kehadiran saya. Akhirnya kerja-kerja memusnah rumpai dijalankan…..Percuma

Di Malaysia ini tidak ada lagi semangat demikian. Tidak ada lagi extension workers yang mahu menunjuk ajar kepada Petani. Pekebun-pekebun kecil sentiasa saja tertipu

Benih yang bukan terpilih. Baja yang tidak diketahui kandungan  dan kesesuian nutriennya dan berbagai-bagai lagi penipuan yang dilakukan terhadap pekebun-pekebun kecil

Malaysia kini menuju kearahan negara berpendapatan tinggi. Bagaimana pula golongan, pekebun kecil, penanam padi, penternak dll. Mungkinkah kemiskinan di luar bandar berulang lagi seperti dalam tahun 50 – 60an.

Pak Ungku Aziz, mungkin tersenyum membaca posting blogs saya kali ini.